Tekan "Like" Untuk Mengikuti Kemas Kini Blog "Aku, Dunia & Islam" Melalui Laman Facebook.

Rabu, 18 April 2012

SATU BICARA TENTANG TULISAN JAWI.

Oleh: Suhili bin Nain.
 

Selepas setahun lebih mengajar di sekolah agama, saya mula terfikir beberapa perkara yang berkaitan dengan tulisan Jawi sebagai tulisan pengantar di peringkat pengajian rendah dan menengah. Berikut adalah persoalan yang berkunjung dalam ruang fikiran saya:
1.    Apakah kepentingan tulisan Jawi dalam sistem pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia pada hari ini?
2.    Apakah yang menjadi dasar tulisan Jawi dipertahankan? Adakah atas dasar budaya, ataupun ada sebab lain yang melatari perkara ini?
3.    Selain negara yang terletak di Nusantara, seperti Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura, adakah terdapat negara lain yang menggunakan sistem tulisan Jawi, terutama negara yang terletak di timur tengah ataupun barat?
4.    Sebenarnya tulisan jawi ini budaya Islam ataupun sebenarnya budaya Nusantara?
5.    Apakah implikasi atau kesan buruk sekiranya tulisan Jawi dalam sistem pendidikan Islam diperingkat rendah dan menengah digantikan dengan tulisan rumi? Adakah Islam akan mundur dan susah difahami jika tulisan Jawi tidak digunakan? Mungkinkah Islam akan berkembang lebih pesat atau menerima impak yang positif sekiranya tulisan Jawi dalam sistem pendidikan Islam itu ditukar dengan tulisan rumi?
Semoga ada perbincangan yang bermanfaat daripada rakan-rakan. Tulisan ini bukan bertujuan untuk menimbulkan kontroversi, mahupun menolak dan memperlekehkan, tetapi tujuan saya adalah untuk mengajak kita berfikir dan merenungi perkara ini yang pastinya ada kaitan dengan perkembangan Islam di Malaysia. Wallahu ‘alam.
Hati saya bergetar mengemukakan persoalan-persoalan di atas di laman maya. Diharapkan ianya tidak menjadi sesuatu yang sensitif. Sekiranya ada perbincangan, akan berlansung dalam keadaan yang penuh adab. Hanya kepada Allah dipanjatkan segala harapan dan pertolongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan