Tekan "Like" Untuk Mengikuti Kemas Kini Blog "Aku, Dunia & Islam" Melalui Laman Facebook.

Penulis.

Salam perkenalan...


Nama dan latar belakang.

Nama yang diberikan kepada saya adalah Suhili bin Nain. Saya berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah. Dilahir pada 27 November 1990 di Hospital Queen Elizabeth. Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik, dan saya merupakan pasangan kembar bersama abang saya.

Pendidikan dan Kerjaya.
 
Ketika kecil saya mendapat pengajian awal di SK. Gentisan yang berlokasi di Kampung Gentisan, Teluk Sepanggar. Selepas itu saya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu daripada tingkatan 1 sehingga tingkatan 5. Kemudian daripada itu saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama di Pusat Latihan Dakwah Kudat selama setahun pada tahun 2008, meneruskan program pengajian lanjutan di Pusat Latihan Dakwah Keningau daripada tahun 2009 hingga 2010. Kini saya berkhidmat di sebagai tenaga pengajar di Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kota Kinabalu Sabah.


Cita dan Impian.

Impian saya adalah untuk menjadi salah seorang daripada penyambung dakwah Islam yang berlandaskan sunnah daripada zaman ke zaman. Selain itu, pada suatu hari nanti saya impikan untuk memiliki sebuah perpustakaan peribadi, kerana saya adalah seorang yang minat membaca, terutamanya buku-buku berkaitan agama dan motivasi.