Tekan "Like" Untuk Mengikuti Kemas Kini Blog "Aku, Dunia & Islam" Melalui Laman Facebook.

Khamis, 23 Februari 2012

SYIAH DI NEGERI SABAH?

Oleh: Suhili bin Nain.


Buku yang ditulis oleh bekas penganut ajaran Syiah.
Untuk membaca ulasan mengenai buku ini, sila rujuk: Mengapa Saya Keluar Dari Syiah


22 Februari, pada malam khamis, selepas waktu maghrib saya dan rakan-rakan menghadiri kuliah agama yang bertempat di sebuah masjid dalam daerah Kota Kinabalu, untuk mempelajari syarah Kitab At-Tauhid yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab Al-Bustami.
          Sebaik sahaja selesai solat fardhu Isyak, kami berbual-bual sesama rakan-rakan dan ustaz sebelum pulang ke rumah masing-masing.  Antara perkara yang menarik perhatian saya menjadi topik perbualan pada malam tersebut adalah mengenai isu pergerakan ajaran Syiah di negeri Sabah.
          Mahu tidak mahu, satu hakikat yang perlu diterima oleh masyarakat Sabah pada hari ini adalah, Syiah yang merupakan satu bentuk ajaran sesat telah bertapak di negeri Sabah. Malah, saya dan beberapa orang sahabat sudah pernah bertemu dengan penganut ajaran ini di daerah Kota Kinabalu. Antara yang terdiri sebagai pengikut ajaran ini di negeri Sabah yang pernah saya jumpai adalah seorang pensyarah.
          Bagi saya dan rakan-rakan, isu Syiah di negeri Sabah ini adalah suatu perkara yang membimbangkan. Ini kerana, rata-rata masyarakat Islam di negeri Sabah saat ini masib belum begitu faham mengenai kesesatan ajaran ini, dan bahayanya kepada akidah Islam yang murni.
          Lebih-lebih lagi, Syiah ini biasanya kelihatan seperti orang Islam kebanyakan kerana sikap mereka yang bertaqiyyah (lihat: berpura-pura) untuk menyebarkan fahaman mereka dalam masyarakat. Ini membuatkan seseorang yang tidak mengenali tentang ajaran Syiah, berkemungkinan akan dipengaruhi oleh penganut Syiah tanpa dia menyedarinya, lalu akhirnya menjadi seorang yang pro kepada Syiah.

ANTARA PEGANGAN SYIAH YANG MENYELEWENG.
Berdasarkan pembacaan dan maklumat yang dikhabarkan oleh guru dan rakan-rakan beserta bukti, ajaran Syiah ini adalah cukup bahaya kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan lebih ekstrim daripada golongan Khawarij.
          Antara pegangan golongan Syiah yang terkenal adalah kepercayaan yang kepimpinan selepas Rasulullah s.a.w telah ditetapkan secara pasti adalah Ali bin Abi Thalib r.a; dan pada masa yang sama mereka menolak, malah tidak mengiktiraf kepimpinan tiga khalifah pertama dalam dunia Islam, iaitu Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan r.anhum. Mereka hanya mengiktiraf kekhalifan Ali bin Abi Thalib r.a dan mereka yang terdiri daripada Ahli Bait (Keluarga Nabi Muhammad s.a.w).
          Golongan Syiah menuduh kaum Muhajirin dan Ansar telah menyembunyikan nas dan berbuat khianat kepada Rasulullah s.a.w, kerana tidak melantik Ali bin Abi Thalib r.a sebagai khalifah pertama, tetapi melantik pula Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a. Maka dengan itu mereka menghukum majoriti sahabat seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan r.anhum telah kafir dan murtad daripada Islam, kecuali beberapa orang sahabat sahaja.
          Selain itu, Syiah juga berpegangan bahawa setiap pemimpin atau imam mereka yang menggantikan Rasulullah s.a.w adalah maksum dan terpelihara daripada dosa. Mereka mentaati imam-imam mereka itu seperti mana mereka mentaati nabi, serta menjadikan ucapan-ucapan mereka sebagai hujah dan dalil dalam beragama. Ini bercanggah dengan ajaran Islam yang murni di atas manhaj Salaf, bahawa tiada manusia yang maksum melainkan para Nabi dan Rasul.
Saya teringat dalam sebuah rancangan Eksklusif yang disiarkan di RTM1 untuk membongkar aliran Syiah ini, ada ditayangkan bahawa Syiah ini melaknat Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan r.anhum.
Saya pernah juga pernah membaca printscreen daripada laman Facebook mengenai kata-kata keji dan laknat golongan Syiah yang ditujukan kepada Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Al-Khattab dan Uthman bin Affan r.anhum ajmain. Tidak lupa, golongan Syiah ini juga turut melaknat dan Aisyah r.a, dan mengatakan beliau seorang perempuan yang jahat dan kotor, malah ada yang lebih teruk dengan mengatakan Aisyah r.anha sebagai pelacur!
Sungguh teruk apa yang mereka ucapkan itu.
          Demikianlah contoh penyelewengan ajaran Syiah yang terkenal. Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai isu Syiah di sini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui secara lanjut tentang kesesatan ajaran ini, maka anda boleh merujuk kepada link yang saya kongsikan.
          Semoga Allah s.w.t melindungi masyarakat Sabah daripada terpengaruh oleh fahaman Syiah.


Lihat juga:
1. Pengenalan Kepada Syiah Rafidhah - Buku 1   Baca  
2. Pengenalan Kepada Syiah Rafidhah - Buku 2   Baca  
3. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah Rafidhah (Syiah) Buku 3   Baca
4. Jawapan Ahl Al-Sunnah Kepada Syi'ah Rafidhah- (Syiah) Buku 4   Baca

5. Mengapa Saya Keluar Dari Syiah (Terjemahan versi lain) Muat Turun 

1 ulasan:

  1. https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk


    Salam


    Kepada:

     

    Redaksi dan para akademik


    Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Muslim yang Disembunyikan


    Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari: almawaddah. info

    Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


    Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan. 

    BalasPadam