Oleh: Suhili bin Nain, Kota Kinabalu.
1. Mitos
Kedudukan, “Saya tidak boleh memimpin, jika saya tidak berada di atas atau
tiada kuasa!”
Pengukur sebenar
kepimpinan adalah pengaruh, bukannya kedudukan yang anda miliki. Memiliki
kedudukan, tidak bermakna seseorang itu boleh memimpin dengan baik. Sekiranya
anda memiliki pengaruh yang kuat kepada orang di sekeliling anda, meskipun
tidak ada jawatan yang tinggi, anda sebenarnya adalah seorang pemimpin.
2. Mitos
Destinasi, “Apabila saya sudah berada di atas, maka saya akan belajar untuk
memimpin!”
Pemimpin
dibentuk setiap hari dan bukannya dalam sehari. Dahului segala perkara dengan
ilmu. Usah tunggu jadi pemimpin baru mahu belajar jadi pemimpin. Mulakan
daripada sekarang, saat masih dalam situasi ‘dipimpin’.
3. Mitos
Pengaruh, “Apabila saya sudah berada di atas, maka orang akan mengikuti saya!”
Yang
tepatnya, tidak semua orang yang berada di atas akan ditaati dan diikuti.
Sekiranya kepimpinan orang di atas rendah, maka orang di bawah kemungkinan
besar tidak akan taat, malah meninggalkan pemimpin tersebut.
4. Mitos
Kebebasan, “Apabila saya berada di atas, saya akan bebas!”
Ada
yang menyangka apabila sudah jadi pemimpin, maka mereka akan bebas melakukan
apa yang disukai dan tiada orang akan mengawal mereka. Realitinya semakin
meningkat kedudukan, maka tanggung jawab semakin bertambah. Berada di atas
bukan bermakna goyang kaki sahaja. Ia memerlukan pemikiran yang banyak.
5. Mitos
Dilahirkan, “Saya tidak boleh jadi pemimpin hebat, kerana ia dalah bakat dalam
diri seseorang dan tidak boleh dipelajari!”
Memang benar ada pemimpin yang lahir
dengan bakat semula jadi. Namun, jumlah pemimpin yang sedemikian amat sedikit.
Realitinya, kebanyakan pemimpin adalah dibentuk melalui pembelajaran.
6. Mitos
Penubuhan, “Saya yang menubuhkan kumpulan ini, maka saya lebih layak untuk
memimpinnya!”
Membina
sebuah organisasi, tidak bermakna anda layak mengetuainya. Boleh jadi ada orang
lain yang lebih layak mengetuainya, dan anda boleh menjadi penasihat atau
pemimpin tidak langsung di dalamnya.
Walaupun tidak jadi
pemimpin bagi sesebuah organisasi, ilmu kepimpinan adalah amat penting. Kalau
kita tidak guna ia untuk memimpin orang lain, kita masih ada diri sendiri untuk
dipimpin.
Rujukan: Leadership
101 karya John C. Maxwell.
NOTA: Sila letakkan rujukan kepada
yang ingin "copy & paste". Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan