Tekan "Like" Untuk Mengikuti Kemas Kini Blog "Aku, Dunia & Islam" Melalui Laman Facebook.

Ahad, 25 Mac 2012

PENDAPAT ASY-SYAFI’EYYAH TENTANG JANGGUT?

Oleh: Suhili bin Nain.

Hari ini tanpa dirancang, tertonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Saya tidak kenal, dan tidak tahu nama ustaz yang berceramah itu, kerana jarang menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Tonton pagi tadi pun, sudah hampir ke akhir rancangan.
          Dalam masa akhir, ustaz tersebut ada menyentuh mengenai hukum memelihara dan mencukur janggut. Menurut sang ustaz, hukumnya terbahagi kepada tiga; iaitu haram, makhruh dan harus.
Beliau berkata yang mewajibkan memelihara janggut dan haram mencukurnya adalah pendapat Ibnu Taimiyyah. Sementara dalam Fathul Bari pula,  Ibnu Hajar menukilkan pendapat ulama yang mengatakan ianya makhruh. Dan akhir sekali, sang ustaz berkata Yusuf Al-Qardhawi menyatakan adalah harus cukur janggut.
Walaupun sang ustaz mengemukakan tiga pendapat, namun begitu beliau tidak menyatakan pendapat mana yang kuat dalam persoalan hukum memelihara dan mencukur janggut. Beliau hanya menyatakan bahawa sebaik-baiknya adalah memelihara janggut, kerana ianya sunnah Rasulullah s.a.w dan itulah yang terbaik. Dan, sang ustaz sendiri memilik janggut.
Secara umumnya, saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut. Cuma di sini saya ingin menambah, sebenarnya bukan Ibnu Taimiyyah sahaja yang menyatakan bahawa hukum memelihara janggut adalah wajib, malah ianya turut dipersetujui oleh ulama mazhab Asy-Syafi’e.
Berikut adalah “printscreen” yang menunjukkan pendapat ulama mazhab Asy-Syafi’e tentang hukum mencukur janggut yang dinukil daripada kitab Adillah Tahrim Halq Al-Lihyah karya Dr. Ahmad bin Muhammad bin Ismail Al-Muqaddam.
          Ketiga: Mazhab Asy-Syafi’e.
Berkata Asy-Syaikh Ahmad bin Qasim Al-‘Abadi dalam akhir bab Al-Aqiqah daripada hasyiah ke atas Tuhfatul Muhtaj Bi Syarh Al-Minhaj daripada kelompok Asy-Syafi’eyyah.
Berkata Ibnu Rif’ah dalam Hasyiah Al-Kifayah: Sesungguhnya Imam Asy-Syafi’e menyatakan di dalam Al-Umm tentang haramnya mencukur janggut, dan demikian juga dinyatakan oleh Az-Zarkasyi dan Al-Hilmi dalam Syu’ab Al-Iman.
Tamat terjemahan potongan di atas (Andai ada tersilap terjemah, sila maklumkan ya ^_^). Demikianlah apa yang dinyatakan, dan demikian jugalah yang menjadi pegangan saya, bahawa hukum memelihara janggut adalah wajib, dan mencukurnya pula adalah haram.
Sekian perkongsian ringkas pada kali ini.

Wallahu ‘alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan