Tekan "Like" Untuk Mengikuti Kemas Kini Blog "Aku, Dunia & Islam" Melalui Laman Facebook.

Ahad, 25 Mac 2012

BENARKAH GELATIN DARIPADA BABI HALAL?

Penulis: Suhili Nain.

SOALAN: Ada orang mengatakan penggunaan gelatin daripada babi adalah halal, ini kerana menurutnya sifat babi tersebut telah berubah daripada bentuk kepada bentuk yang lain, maka dengan itu, apabila berubahnya keadaan sesuatu benda, maka hukumnya juga akan turut berubah. Benarkah apa yang dikatakan itu; bahawa gelatin daripada babi adalah halal?

JAWAPAN: Gelatin yang berasal dari babi hukumnya haram dan najis, pendapat ini merupakan keputusan pelbagai Lembaga Fiqh Antarabangsa, diantaranya: 
  • Majma Al-Fiqh Al-Islami (OKI) keputusan no: 23 (11/3) tahun 1986 sebagai jawaban atas pertanyaan dari Al-Ma’had Al-Alami Lil Fikri Islami di Washington yang berbunyi:

    Soal ke-XII:
    Di sini (Amerika) terdapat ragi dan gelatin yang diekstrak daripada babi dalam peratus yang sangat kecil, adakah boleh menggunakan ragi dan gelatin tersebut?

    Jawab:
    Seorang muslim tidak dibenarkan menggunakan ragi dan gelatin yang berasal dari babi, kerana ragi dan gelatin (halal) yang diperoleh dari tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang disembelih sesuai syariat mencukupi kebutuhan mereka” (Rujuk: Journal Fiqh Council, edisi III, vol 1409H, hal. 47)
  •  Keputusan Al-Majma Al-Fiqhiy Al-Islamy di bawah (Rabitah Alam Islami) yang berpusat di Mekkah (no. 3, perhimpunan tahunan ke 15) tahun 1998, yang berbunyi:

    “Himpunan Fiqh Islami yang bernaung di bawah Rabitah Alam Islami dalam perhimpunan tahunan ke-15 setelah membincangkankan dan mengkaji bahawa:
    “gelatin adalah sebuah zat yang banyak digunakan untuk pembuatan makanan dan ubat-ubatan, berasal dari kulit dan tulang haiwan; Memutuskan:


    “Boleh menggunakan gelatin yang berasal daripada sesuatu yang mubah (harus), daripada haiwan yang disembelih dengan cara yang sesuai dengan ajaran Islam. Dan tidak dibolehkan menggunakan gelatin yang diperoleh dari sesuatu yang haram, seperti ; gelatin dari kulit dan tulang babi dan daripada benda haram lainnya.”


    Himpunan Fiqh Islami menghimbau Negara-Negara Islam untuk memproduksi gelatin yang halal’. (Rujuk: Qararat Al-Majma Al-Fiqhiy Al-Islami, hal.316)
  • Fatwa Dewan Ulama Besar Kerajaan Arab Saudi (no fatwa : 8039), yang berbunyi : “Gelatin yang diperoleh daripada sesuatu yang haram seperti babi, hukumnya haram” (Rujuk: Journal Al-Buhuts Al-Islamiyah, edisi XX, vol. 1407H, hal 178)
Dan pendapat ini disokong oleh sebahagian besar para ulama fiqh kontemporari. Ini berdasarkan alasan, bahawa gelatin sebenarnya bukanlah suatu zat baru; yang merupakan perubahan wujud daripada kolagen, akan tetapi gelatin telah ada pada kolagen babi sebelum ianya dipisahkan, ini menunjukkan bahawa proses yang terjadi hanyalah pemisahan dan sekedar pergantian nama dan bukan perubahan wujud secara mutlak.

P/S: Untuk mengetahui apa itu gelatin, sila rujuk sini: Wikipedia

RUJUKAN: Artikel Jual Beli Produk Yang Mengandungi Gelatin Dari Babi, tulisan Ustadz Erwandi Tirmidzi. Laman web: almanhaj.or.id.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan